Nak Tahu Kena Tipu Ke Tak Masa Beli T-Shirt?

Nak meniaga, meniaga jugak. tapi mesti ambil tahu apa yang terbaik untuk customer. Hari ni jom kenali jenis-jenis kain di pasaran untuk buat t-shirt supaya korang tak tertipu. Harga mahal tapi sebenarnya kain Rayon biasa. Ia tak sama macam kain CVC kat bawah ni yang memberi effect stretchable.




Yang kami nk fokuskan kali ni ialah kain jenis cotton,polyester,dan rayon. Untuk yang kain jenis 100 %cotton ,100% rayon,dan 100% polyester banyak kita temui di bundle-bundle dan juga kain ini dianggap biasa sahaja.harganya pun x mahal,tetapi jika baju kain ni jenis jenama atau baju band ianya mungkin mempunyai nilai yang tinggi juga.

Untuk pengetahuan,terdapat pelbagai jenis campuran kain dalam menghasilkan satu t-shirt,sebagai contoh 90% cotton,10% rayon,50% polyester,48% cotton,2% other fiber,75% polyester,25% cotton dan banyak lagilah. Ada juga sampai 4 campuran kain dan 5 campuran kain,biasanya Negara Asia banyak mengeluarkan campuran kain jenis ini terutama China,Jepun,Korea dan Vietnam,kainnya jugak tidak selesa jika di pakai.



Berikut adalah kain yang paling banyak digunakan untuk membuat t-shirt:
  1. Tetra Cotton (TC)


-Ini adalah jenis kain cotton tapi bukan sepenuhnya cotton.
-Ia lebih murah dan tahan lama kerana tidak mudah kembang/stretch.
-Kain ini kurang menyerap peluh dan membuatkan kita berasa cepat panas.
- Jenis kain ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Kebiasaan yang order kain jenis ini adalah pelajar sekolah rendah atau tadika yang ingin buat hari sukan atau hari keluarga sekolah.
- Kain jenis ini akan cepat rasa panas kerana ianya bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah untuk scretch.

2. Cotton 100%



- mudah meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa.
- Kain ini sangat lembut jadi mudah kembang/strech apabila dicuci
- lebih mahal dari TC
-Kain jenis ini adalah kain yang mendapat sambutan yang paling menggalakkan kerana ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masalah yang biasa pada kain ini adalah ianya cepat melebar (scretch/shrinkage)

3. Cotton Interlock

-Sesuai dipakai didalam dan luar bangunan.
-Biasanya orang yang mementingkan keselesaan dan kualiti akan memilih kain jenis ini.
-kain cotton yang berkualiti tinggi
-tebal daripada Cotton 100% dan lembut
-amat selesa dipakai, mudah menyerap peluh dan tidak panas
-antara kain Cotton yang mahal
- Cotton Interlock adalah kain yang mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah kerana kain jenis ini jenis tebal tetapi lembut dan tidak panas.

4. Micro Fiber/ PVC 

-Biasanya digunakan untuk membuat pakaian untuk aktivi luar seperti jersey bola sepak
-Kain ini tidak meresap peluh dan panas
-Kain ini mahal
- lebih lembut dari kain TC.
-Material:65% cotton,35% polyester

5. CVC/Lacoste


- campuran antara polyster dan cotton.
- kurang meresap peluh
- kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal dan baju berkolar seperti Lacoste Polo.
- Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC.

Di Ilanicious, kami menjual kain jenis 100% Cotton, kain CVC dan kain jersi PVC. Memang sangat selesa! Okeylah, harap sekarang korang dah lebih kenal jenis kain baju t yang korang pakai. Next time, kami akan terangkan mengenai pemilihan kain cerah, gelap dan putih untuk mencetak rekaan.

No comments:

Post a Comment