Ramai yang belum tahu sebenarnya bagaimana baju t yang mereka pakai hari-hari itu diproses, dilabel dan dijual. Biasalah, kita sebagai pelanggan tak nak pening kepala. Pilih je mana cantik, bawa ke kaunter dan bayar. Sampai rumah gantung dekat hanger dan bila nak keluar, ambil dan pakai.
Jadi pengeluar yang akan 'pening kepala' nak pikir baju yang terbaik untuk kepuasan pelanggan. Tahukah anda, jenis baju t, ketebalan baju, ukuran benang, warna baju, corak teknik percetakan memainkan peranan dalam menetapkan harga baju t tersebut.
Ada do's and don't di sebalik penjualan baju t yang kita semua mesti ambil maklum. Peraturan-peraturan yang menyebabkan sesebuah baju t menjadi mahal atau murah supaya kita tidak ditipu semasa membeli.
Ada do's and don't di sebalik penjualan baju t yang kita semua mesti ambil maklum. Peraturan-peraturan yang menyebabkan sesebuah baju t menjadi mahal atau murah supaya kita tidak ditipu semasa membeli.
Okay.. first, mari kita tengok jenis-jenis kain untuk buat baju. Seperti post sebelum ini, Nak Tahu Kena Tipu ke Tak Masa Beli T-shirt. Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai jenis campuran kain dalam menghasilkan satu t-shirt, ada juga sampai 4 campuran kain dan 5 campuran kain. Pernah dengar istilah Tetracoste, CVC, 100% Cotton , PVC dan sebagainya?
Sebagai pengeluar baju t, pereka akan memastikan apa pasaran yang ingin diceburi.
- Bagi pengeluar yang nak untung banyak dengan kos yang murah, mereka akan memilih kain TC biasa atau kain polyester campur cotton nipis 160 gram yang biasanya untuk customer yang bajet rendah. Kebiasaan yang order kain jenis ini adalah pelajar sekolah rendah atau tadika yang ingin buat hari sukan atau hari keluarga sekolah. Atau pun kalau kita pergi jalan-jalan ke Pulau Ketam ada baju t bertulis "I Love Pulau Ketam" yang lebih nipis, haa..selalunya harga baju t ni murah dalam RM10-15 kerana kos pembuatannya sendiri pun lebih murah berbanding kain cotton tebal 180 gram.
Kain baju t ini ada ketebalan dan ukuran benangnya yang tersendiri.
- Di Malaysia, ia dikenali dengan panggilan tebal 140 gram sehingga ke 240 gram. Kalau di Indonesia, ketebalan kain ini dikenali dengan panggilan Cotton Combet untuk yang tebal dan Cotton Kardet untuk yang nipis. Ada Cotton 20s,30s,40s, dan sebagainya.
- Kebanyakan pengeluar akan memilih kain Cotton Cardet dalam 40s tebal kerana lebih murah dan boleh menghasilkan banyak baju t berbanding yang tebal. Misalnya, 15kg kain Cotton Cardet boleh hasilkan 40 helai baju t manakala 15kg kain Cotton Combet cuma boleh hasilkan 30 helai baju t.
- Oleh itu, pengeluar dapat menghasilkan baju t yang lebih banyak dan seperti yang kita semua tahu, penawaran yang banyak akan menyebabkan harga menjadi murah.
- Di Malaysia, baju t berkain tebal 180-240 gram ke atas dijual dengan harga RM40.00 sehingga RM200.00 ke atas jika mempunyai corak dan warna selain hitam dan putih.
- Seperti yang sedia maklum baju t lengan pendek biasa paling murah dan banyak didapati di mana. Ini kerana baju T-shirt kosong untuk cetak dapat harga murah untuk pengeluar cetak dan jual semula dengan harga biasa di pasaran, dalam RM20-RM30 sehelai
- Manakala baju-baju jenis lain seperti baju tiga suku Raglan, baju kollar, baju lengan panjang dan lain-lain lebih mahal kerana pembuatannya yang lebih rumit dan penawaran yang kurang di pasaran. Jadi sebagai pengeluar terpaksa letak harga lebih tinggi.
- Macam baju kami Supercouple Raglan yang dijual RM90.00.
Kenapa teknik cetakan menyebabkan harga berbeza?
- Ia kerana teknik cetakan yang rumit seperti CYMK memerlukan lebih kemahiran dari baju t biasa dan
- Teknik cetakan atas baju warna hitam juga lebih rumit dan leceh berbandung baju t berwarna cerah. Jadi, anda jangan hairan kalau baju t warna putih lebih murah berbanding baju t yang berwarna lain.
- Corak yang hanya menggunakan tulisan dengan hiasan standard adalah lebih murah. Manakala, corak abstrak yang menggunakan lebih dari dua warna dakwat, teliti dan halus adalah lebih mahal dari corak baju t yang standard. Cuba bandingkan dengan dua baju t di bawah;
- Walaupun kedua-duanya di atas baju t berwarna putih, baju t yang kedua akan dijual dengan harga lebih mahal kerana coraknya melibatkan lebih dari 1 warna dan menggunakan teknik Direct to Garment (DTG) printing untuk menghasilkan warna yang terang dan rekaan yang berbucu.
- Nilai eksklusif dan signature yang ada pada baju menyebabkab nilai harga pada baju naik.
Kenapa teknik percetakan DTG menjadikan baju t lebih mahal?
- Sebab kos printing dan dakwat DTG printer sendiri lebih mahal berbanding teknik percetakan yang lain. Satu printer DTG dijual dengan harga semurah RM29,000 sehingga ke RM100,000 berbanding printer Heat Transfer yang boleh didapatkan dengan serendah RM3,000.00. Bezanya adalah feel yang dirasai dengan baju tersebut. Macam kita beli kamera DSLR dan kamera Kodak. Lain kan?
- Beza baju t dengan teknik DTG berbanding teknik Heat Transfer adalah dakwat yang dicetak atas baju DTG akan sebati dan larut ke dalam baju. Rekaan yang dicetak akan keluar sebijik seperti apa yang telah direka. Warna rekaan juga akan terus masuk ke dalam baju tanpa pengantara.
![]() |
Percetakan menggunakan DTG Printer di Ilanicious T-shirt |
![]() |
Cetakan terus keluar atas baju tanpa pengantara |
- Sebelum adanya teknologi DTG, Baju T dicetak menggunakan Silk Screen printing. Beza antara kedua-dua printer ini adalah DTG lebih canggih dan mahal manakala Silk screen lebih murah dan sesuai untuk produksi besar tetapi tidak sesuai untuk cetakan yang details. Common untuk harga baju t yang dijual dengan teknik DTG serendah RM 59.90 ke atas.
- Manakala corak yang dicetak menggunakan Heat Transfer pula akan lebih pudar dan boleh rasa kertas ditampal atas baju kerana teknik Heat Transfer harus menggunakan satu kertas pemindah sebagai pengantara. "Transfer paper" ini pula ada jenis-jenisnya.
- Ada kertas transfer yang made in China, ada yang made in U.S. Yang lebih mahal, seperti RM4 untuk sehelai kertas pengantara boleh membawa 80% dakwat ke atas baju. Kertas transfer yang murah pula, 40% dakwat akan tertinggal pada kertas dan menyebabkan warna corak tidak cantik Lambat laun corak dari kertas ini akan tertanggal dengan sendirinya.
![]() |
Baju T dengan teknik Heat Transfer |
Bukan senang nak letakkan harga pada baju t dengan sesuka hati. Selepas mengambil kira semua faktor di atas, pengeluar harus memastikan 'target market' untuk memasarkan bajunya. Perlu diambil kira, sama ada mahu menyasarkan golongan muda atau pun golongan mewah. Yang paling penting, banyak hal perlu diambil kira untuk mengeluarkan sehelai baju t dengan jenama sendiri. Lebih baik pelanggan serahkan semua hal teknikal ini kepada pengeluar seperti Ilanicious T-shirt dan fokus untuk spend duit anda pada baju t yang dikehendaki! ;)
Post Lain Yang Menarik : Printer Terbaik Untuk Memulakan Bisnes T-Shirt
Post Lain Yang Menarik : Printer Terbaik Untuk Memulakan Bisnes T-Shirt
Blh saya tanya, ink y digunakan dlm transfer paper ni ink special atau biasa? Dan dimana boleh beli transfer paper ni?
ReplyDelete