Tambahan Perkhidmatan Silk Screen Printing!

Hai semua. Di sini kami ingin memaklumkan bahawa syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan cetakan silkscreen bagi baju t roundneck, baju t polo berkolar, F1 uniform, baju jersey dan lain-lain.


Contoh baju dengan cetakan Silk Screen



Setiap perniagaan perlu sentiasa berkembang dan ada penambahbaikan supaya tidak ketinggalan dengan arus semasa. Begitu juga, dengan perniagaan t-shirt kami.  Maka, kami putuskan untuk menambah pencetak yang sedia ada untuk produksi besar.

6 Station Silk Screen Printing

Teknik mencetak silk screen (sutera saring)

Silk screen printing atau cetakan Sutera Saring menggunakan bancuhan warna dye secara manual dan ia diterapkan ke atas permukaan fabrik melalui “blok” yang terdiri daripada frame kayu atau aluminium serta screen halus yang telah tersedia imej.

Kelebihan Silk Screen adalah ia boleh menghasilkan produksi t-shirt yang besar seperti 100 cetakan t-shirt sehari.

Kami di Ilanicious T-Shirt mahu menawarkan teknik cetakan yang pelbagai kepada pelanggan sekalian. Diharap, dengan penambahan Silk Screen printing ini kepada perkhidmatan sedia ada DTG Printing dapat membantu pelanggan untuk membuat pilihan.

Unutuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 011-2404-9323 atau emel ilanicious@ymail.com.

No comments:

Post a Comment