Hai semua.. Hari ni kami nak senaraikan 7 sebab kenapa anda kena memilih kami untuk perkhidmatan mencetak dan membekal baju t dan melihat perbezaan kami dengan perkhidmatan syarikat cetak baju t lain.
1. Harga Murah dan Berpatutan
Kami menawarkan harga cetakan dan bekalan baju t antara yang terendah dan berpatutan di Malaysia. Dengan serendah RM10.90 - RM15.90, anda boleh mendapat baju pilihan anda sendiri! Harga murah ini dapat ditawarkan kerana pembuatan dan cetakan secara terus dari kilang kami sendiri tanpa ada orang ketiga atau ejen yang 'mark-up' harga.
2. Berkualiti Tinggi
Bukan saja harga cetakan dan baju t yang murah dan berpatutan, malah kami juga mementingkan kualiti dengan membekal hanya kain baju t yang bergred A, tebal dan selesa untuk kegunaan pelanggan. Baju T kami dari kain 160gsm - 190gsm sahaja dengan pelbagai warna, saiz dan pilihan. Dari segi kualiti cetakan pula, kami akan memastikan hanya rekaan yang menepati kehendak pelanggan dihasilkan dan menolak sebarang baju t dan rekaan yang rosak.
3. Insfrastruktur Yang mencukupi
Seperti yang pelanggan sedia maklum, kami mempunyai kilang cetak dan bekal baju t sendiri dengan alat-alat cetak Silkscreen, Heat Transfer dan DTG, mesin-mesin pengeringan baju berserta insfrastruktur yang lengkap bagi menampung tempahan yang banyak. Malah kami mempunyai amaun kakitangan yang mencukupi bagi menyiapkan tempahan anda yang beroperasi mulai pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 pagi setiap hari. Oleh itu, pelanggan tidak perlu risau mengenai tempahan mereka yang pasti akan siap sebelum date line.
4. Free Design
Berbanding dengan syarikat lain, kami menawarkan upah rekabentuk corak dan artwork percuma kepada pelanggan. Buat pelanggan yang tidak mempunyai reka bentuk sendiri, boleh menghantar contoh baju dalam bentuk soft copy kepada kami untuk dipindah bentuk kepada cetakan. Pelanggan tidak perlu lagi pening kepala memikirkan design bagaimana untuk dicetak kerana kami akan melakukannya untuk anda dengan percuma!! Tiada caj tersembunyi!
5. Unik
Uniknya Ilanicious T-shirt ini adalah kerana kami bukan saja mengambil tempahan untuk cetakan dan bekalan baju t, malah mempunyai brand baju t sendiri iaitu Ilanicious "Wearing Your Mind" dan sub brand Couple T Malaysia yang membekalkan baju-baju t dengan design kami sendiri yang mengikut citarasa tempatan. Bagi pelanggan yang ingin memulakan perniagaan bisnes pakaian, kami turut membekalkan baju-baju t Ready Made ini terus ke butik anda. Kami juga tiada masalah untuk membuat baju t custom made untuk pelanggan yang mahukan design sendiri untuk kelihatan berbeza dan unik daripada orang lain!
6. 100% Buatan Malaysia dan Bumiputera
7. Mesra dan terbuka
Kami boleh dihubungi bila-bila masa oleh pelanggan melalui pelbagai kaedah seperti sms, telefon pejabat, twitter, facebook, email, blog, walk in ke pejabat pada bila-bila masa malah kami juga boleh datang ke tempat anda untuk mengambil tempahan. Tiada sekatan atau halangan untuk anda berkomunikasi dengan kami asalkan pelanggan berpuas hati! Dilengkapi dengan kakitangan yang mesra dan sedia membantu, anda tidak akan merungut dilayan lambat!
![]() |
Perkara seperti ini tak berlaku di Ilanicious T-shirt!! |
Nah, 7 sebab kenapa kami berbeza dari syarikat-syarikat lain! Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan yang terbaik. Jika ingin maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 011-2404-9323/ 05-3202-214, facebook Ilanicious T-shirt, emel ilanicious@ymail.com dan di pejabat kami.










No comments:
Post a Comment